Tuesday 16 May 2017

Restoran D'Pohon, Guar Chempedak, Kedah

Satu persinggahan yang tak dirancang. Kalau perjalanan dari Gurun, lokasi restoran terletak di sebelah kanan selepas Gunung Jerai. Apa yang menarik tentang restoran ini adalah signboard gergasi Ais Kacang Salji yang sedia menggamit kereta lalu lalang seperti kami untuk singgah.

Konsep deko kampung style sedia menanti pengunjung yang suka suasana nyaman seperti di kampung.

Antara menu menarik yang ditawarkan:

Ais Kacang Salji, Ais Kacang Salji Durian, Cendol, Cendol Pulut Durian, Laicikang.

Laksa Ikan Sekoq, Set Cucur Udang, Nasi Putih + Gulai Ikan Termenung, Nasi Putih + Ayam Berempah dan Sup Gear Box.


Signboard ini yang melambai kami singgah ke sini ... dah terlajak pun sanggup kami u-turn 


Pengunjung boleh pilih untuk duduk di kerusi atau bersila. Deko menarik dengan menggunakan atap nipah juga jadi tarikan ramai.


Menu utama pastinya Ais Kacang Salji. Memang sedap.


Ini antara menu yang kami order, set cucur udang yang tidak mengecewakan. 


Kalau anda berada di kawasan Guar Chempedak, Gurun atau berhampiran Gunung Jerai, boleh lah singgah menikmati Ais Kacang Salji di sini.

Alamat:
Lot 1, Setor Jalan Sg Petani,
Kg Kepala Bukit
08300 Guar Chempedak
Gurun, Kedah

Website:
https://www.facebook.com/RestoranPohonKitchen/

Masa:
9:30AM - 7:00PM

No comments:

Post a Comment